Representasi Identiti dalam Teks Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tentang Pembendungan Penularan Wabak Covid-19
Ucapan yang disampaikan oleh pemimpin politik menggambarkan identiti. Identiti ini dapat ditunjukkan menerusi penggunaan kata ganti nama diri (KGND) pertama. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti jenis KGND yang digunakan oleh pewacana dalam teks...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
Dewan Bahasa dan Pustaka
2025-06-01
|
Series: | Jurnal Bahasa |
Subjects: | |
Online Access: | http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/9112 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Ucapan yang disampaikan oleh pemimpin politik menggambarkan identiti. Identiti ini dapat ditunjukkan menerusi penggunaan kata ganti nama diri (KGND) pertama. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti jenis KGND yang digunakan oleh pewacana dalam teks perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menghuraikan identiti yang dibina oleh pewacana dengan rakyatnya menerusi KGND dalam teks perutusan khas berkenaan. Sebanyak sembilan teks ucapan dimuat turun daripada laman sesawang rasmi Pejabat Perdana Menteri – https://www.pmo.gov.my/speech/ (dari bulan Mac 2020 hingga Februari 2021). Pendekatan kualitatif dan kuantitatif diterapkan dengan teori analisis wacana kritis oleh Fairclough (2013). Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat tiga jenis KGND yang digunakan, iaitu KGND “kita”, “saya” dan “kerajaan”. KGND “kita” mencatatkan kekerapan penggunaan yang paling tinggi, iaitu sebanyak 284 kali (51.08%). KGND “saya” pula merekodkan penggunaan sebanyak 189 kali (33.99%), manakala KGND “kerajaan” digunakan sebanyak 83 kali (14.93%). Dominasi penggunaan KGND “kita” menunjukkan bahawa pewacana ingin membina identiti yang bersifat kekitaan. Secara jelas, penggunaan KGND “kita” oleh pewacana bertujuan untuk menunjukkan pertalian yang akrab dengan rakyatnya. Penggunaan KGND “kita” juga bertepatan dengan situasi yang dialami. Dalam hal ini, penggunaan KGND “kita” menunjukkan bahawa pewacana ingin rakyatnya terlibat bersama-sama dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19. Secara keseluruhan, dapatan analisis ini mampu mencerminkan lakuan sosial yang baik. Penggunaan KGND “kita” yang menggambarkan identiti kekitaan dapat dijadikan sebagai alat pembakar semangat solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia ketika berhadapan dengan krisis kesihatan global. |
---|---|
ISSN: | 1511-9084 2462-1889 |