Sejarah Fonologi Dialek Melayu Hulu Kedah

Makalah ini bertujuan untuk menampilkan analisis tentang sejarah atau perkembangan sistem linguistik dialek Melayu yang dituturkan di kawasan hulu Kedah yang secara spesifiknya merujuk dialek Melayu Baling. Perbincangan dalam makalah ini diumpukkan kepada tiga bahagia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad Khairulanwar Abdul Ghani, Mohd Tarmizi Hasrah
Format: Article
Language:Malay
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2025-06-01
Series:Jurnal Bahasa
Subjects:
Online Access:http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/9091
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini bertujuan untuk menampilkan analisis tentang sejarah atau perkembangan sistem linguistik dialek Melayu yang dituturkan di kawasan hulu Kedah yang secara spesifiknya merujuk dialek Melayu Baling. Perbincangan dalam makalah ini diumpukkan kepada tiga bahagian utama. Bahagian pertama dimulai dengan perbincangan tentang perkembangan sistem fonologi bahasa Malayik purba kepada sistem fonologi dialek Melayu hulu Kedah purba. Kemudian, perbincangan dilanjutkan kepada bahagian kedua, iaitu perkembangan sistem fonologi dialek Melayu hulu Kedah purba kepada sistem fonologi dialek Melayu hulu Kedah semasa yang secara spesifik merujuk dialek Melayu Baling. Yang dimaksudkan dengan perkembangan dalam konteks tersebut melibatkan dua konsep asas yang paling penting dalam linguistik diakronik, iaitu retensi dan inovasi. Perbincangan tidak terhenti setakat itu sahaja kerana makalah ini turut menangani bahagian ketiga yang terkait dengan proses fonologi yang berlaku sepanjang sejarah dialek Melayu hulu Kedah. Beberapa inovasi dan retensi fonologi yang diperlihatkan oleh dialek Melayu hulu Kedah menatijahkan dua implikasi penting. Pertama, dialek Melayu hulu Kedah terpisah daripada cabang dialek Melayu Semenanjung Utara. Dengan erti kata lain, dialek tersebut bukan subdialek bagi dialek Melayu Kedah piawai. Kedua, oleh sebab dialek Melayu hulu Kedah terpisah daripada induknya yang sering diuar-uarkan selama ini dan berkongsi persamaan dengan dialek Melayu lain yang terdapat di sekitarnya, dialek tersebut membentuk cabangnya yang tersendiri. Cabang yang dimaksudkan ini dikenali sebagai cabang dialek Melayu hulu Semenanjung Utara.
ISSN:1511-9084
2462-1889